|
FORUM IKHWAH SE-JAGAD ( BUKAN IKHWAH BIASA )
FORUM DISKUSI DENGAN NUANSA ISLAMI
|
|
| Author |
Message |
Ruhhul-Quds
Site Admin

Joined: 15 Mar 2007 Posts: 610
|
|
Kebudayaan di Indonesia |
|
Kebudayaan Indonesia secara sempit dapat ditakrifkan sebagai seluruh kebudayaan Indonesia yang telah ada sebelum terbentuknya negara Indonesia pada tahun 1945. Seluruh kebudayaan tempatan yang berasal daripada kebudayaan beraneka ragam suku-suku kaum di Indonesia adalah merupakan bahagian-bahagian kebudayaan Indonesia yang penting.
Kebudayaan Indonesia walau beraneka ragam, namun pada dasarnya terbentuk dan dipengaruhi oleh kebudayaan besar yang lain seperti kebudayaan Cina, kebudayaan India, dan kebudayaan Arab. Kebudayaan India terutama masuk dari penyebaran agama Hindu dan Buddha di Nusantara jauh sebelum Indonesia terbentuk. Kerajaan-kerajaan yang bernafaskan agama Hindu dan Buddha sempat mendominasi Nusantara pada abad ke-5 ditandai dengan berdirinya kerajaan tertua di Nusantara, Kutai sampai ke penghujung abad ke-15.
Kebudayaan Cina masuk dan mempengaruhi kebudayaan Indonesia kerana interaksi perdagangan yang intensif antara pedagang-pedagang Cina dan Nusantara (Sriwijaya). Selain itu, banyak pula yang masuk bersama perantau-perantau Cina yang datang dari daerah selatan China dan menetap di Nusantara. Mereka menetap dan mengahwini penduduk tempatan menghasilkan perpaduan kebudayaan Cina dan tempatan yang unik. Kebudayaan seperti inilah yang kemudian menjadi salah satu akar daripada kebudayaan tempatan moden di Indonesia seperti kebudayaan Jawa dan Betawi.
Kebudayaan Arab masuk bersama penyebaran agama Islam oleh pedagang-pedagang Arab yang singgah di Nusantara dalam perjalanan mereka menuju negara China.
|
|
| Wed Dec 12, 2007 12:45 pm |
|
 |
Ruhhul-Quds
Site Admin

Joined: 15 Mar 2007 Posts: 610
|
|
Jawa |
|
Jawa adalah nama sebuah pulau di Indonesia, sekaligus nama bagi semua yang berkait dengan pulau Jawa seperti etnik majoriti, bahasa Jawa, dan sastera Jawa.
Pulau Jawa di Indonesia, kawasan 132,000 km persegi, mempunyai 114 juta penduduk dan merupakan pulau paling padat penduduknya di Indonesia, dengan jumlah penduduk seramai 864 orang setiap kilometer persegi. Jika Jawa adalah sebuah negara, ia menjadi negara kedua paling padat di dunia, kecuali untuk beberapa negara kecil (selepas Bangladesh).
Jawa terbahagi kepada 4 provinsi, 1 daerah istimewa, dan 1 daerah khusus ibukota:
* Banten
* Jakarta
* Jawa Barat (West Java)
* Jawa Tengah (Central Java)
* Jawa Timur (East Java)
* Yogyakarta
Jawa terletak dalam rantaian kepulauan dengan Sumatra di barat laut dan Bali di sebelah timur. Di sebelah timur laut terletak Borneo. Di selatan adalah Pulau Krismas, "Christmas Island".
Jawa hampir keseluruhannya berasal dari gunung berapi, dan mengandungi tidak kurang dari tiga puluh lapan gunung yang berbentuk kon menunjukkan mereka merupakan gunung berapi yang pernah aktif. Lihat gunung berapi Jawa.
Penduduk
Ibu negara Indonesia, Jakarta terletak di Jawa. Pusat kebudayaan pulau Jawa adalah bandar Yogyakarta. Borobudur merupakan binaan Buddha berbentuk piramid yang terletak berhampiran Yogjakarta.
Kebudayaan
* Bahasa Jawa, dipertuturkan di tengah dan timur Jawa
* Bahasa Sunda merupakan bahasa bagi 27,000,000 orang di sebelah barat Jawa ketiga.
* Bahasa Madura diperuntukkan di bagaian dari pada Jawa Timur.
* Muzik Gamelan.
Gunung-gunung di Jawa
1. Gunung Gede
2. Gunung Pangrango
3. Gunung Salak
4. Gunung Burangrang
5. Gunung Tangkuban Parahu
6. Gunung Bukit Tunggul
7. Gunung Malabar
8. Gunung Wayang
9. Gunung Masigit
10. Gunung Papandayan
11. Gunung Guntur
12. Gunung Cikuray
13. Gunung Patuha
14. Gunung Cereme
15. Gunung Slamet
16. Gunung Sundoro
17. Gunung Sumbing
18. Gunung Merapi
19. Gunung Merbabu
20. Gunung Ungaran
21. Gunung Lawu
22. Gunung Welirang
23. Gunung Arjuno
24. Gunung Kembar I
25. Gunung Kembar II
26. Gunung Penanggungan
27. Gunung Mahameru
28. Gunung Argopuro
29. Gunung Wilis
30. Gunung Anjasmoro
31. Gunung Raung
|
|
| Wed Dec 12, 2007 12:49 pm |
|
 |
|
|
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
|
|